Thursday 1 December 2011

Memelihara diri dan keluarga daripada api neraka

Memelihara diri dan keluarga daripada api neraka

Tafsir Al-Quran
Surah At-Tahrim : 6


Firman Allah SWT,

“ Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka pula tetap melakukan segala apa yang di perintahkan ”. (At-Tahrim 006)

Huraian ayat

Berdasarkan ayat di atas, Allah SWT memerintahkan orang-orang yang beriman supaya memelihara diri dan keluarga daripada api neraka iaitu dengan menyuruh mereka mentaati perintah Allah, bertaqwa kepada-Nya, melakukan kebaikan serta menjauhi segala kemungkaran.

Ayat ini ditujukan kepada ketua keluarga iaitu suami atau bapa. Di antara tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga ialah,

a. Memberi pendidikan agama kepada seluruh ahli keluarga.


Menurut Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali, adalah wajib bagi seorang suami untuk memberi ilmu pengetahuan agama kepada isteri dan anak-anaknya sa di masjid atau pun surau yang ada kelas-kelas pengajian agama.

Jika suami tidak melaksanakan tanggungjawab ini sehingga membiarkan seluruh ahli keluarganya dibelengu dengan kejahilan, maka suami telah melakukan dosa besar dan dianggap sebagai pengkhianat kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah saw,

"Tidak ada seseorang yang berjumpa Allah swt dengan membawa dosa yang lebih besar melainkan seorang suami yang mejahilkan ahli keluarganya."

Dalam sebuah hadis yang lain, ,

"Takutlah kepada Allah dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang berada di sampingmu; barangsiapa yang tidak memerintahkan sembahyang kepada isterinya dan tidak mengajarkan ilmu agama kepadanya, maka dia telah melakukan khianat kepada Allah dan juga Rasul-Nya."

Di antara ilmu yang wajib diajar kepada isteri dan anak-anak ialah ilmu akidah bagi mengelakkan diri mereka dari syirik. Kemudian ilmu fekah seperti cara bersuci, cara mandi wajib, cara solat, puasa dan jenis-jenis darah yang keluar dari kemaluan perempuan.

Seterusnya ialah ilmu tasawuf seperti ikhlas, sabar, redha, syukur,qanaah, warak dan sebagainya.

Seorang suami atau bapa hendaklah tegas dalam mendidik isteri dan anak-anaknya. Jangan menurut kehendak mereka yang berunsur maksiat dan di luar kemampuan. Seandainya mereka masih berdegil bolehlah dipukul untuk mengajar.

b. Mengingatkan ahli keluarga supaya menunaikan solat fardhu.

Firman Allah SWT,

“ Dan perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan shalat dan Bersabarlah kamu dalam mengerjakannya… ” (Ta-Ha 132)

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda,

مرو أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوا هم عليها وهم أبناء عشر


Maksudnya : “ Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka apabila berumur sepuluh tahun”. (HR Abu Daud)

Menurut Ibnu Taimiyah, seorang bapa tidak harus mengahwinkan anak perempuannya dengan mana-mana lelaki yang meninggalkan solat, kerana pada hakikatnya dia bukanlah seorang Islam yang sebenar.

Seorang ulama besar Islam, Prof. Yusuf Al-Qardhawi dalam fatwanya menjelaskan, mereka yang meninggalkan solat hilanglah hak persaudaraan dalam Islam. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 11,

“ Jika mereka bertaubat, mendirikan sholat dan menunaikan zakat, Maka (mereka itu) adalah saudara-saudaramu seagama….(11)

Manakala Sheikh ‘Atiyah Saqar (1914-2006) seorang ulama besar Islam yang mengarang kitab al-Fatawa; Min Ahsanil-Kalam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam” ketika ditanya tentang hukum orang yang berpuasa tetapi tidak menuaikan solat maka beliau menjelaskan dalam fatwanya;

“Barangsiapa yang berpuasa tanpa menunaikan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, berdasarkan pertunjuk daripada hadis-hadis Nabi saw, maka puasanya tidak diterima oleh Allah SWT.

Dalilnya,

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلَاتُهُ


“Sesungguhnya amalan yang pertama dihitung pada hari kiamat ke atas seseorang Islam itu ialah solat fardhunya".(HRTirmidzi)

Menurut Mazhab Syafie, orang Islam yang pernah meninggalkan solat dengan sengaja, maka hendaklah mereka melakukan dua perkara iaitu bertaubat dan mengqadak semula solat yang ditinggalkan.

Tidak memadai jika hanya sekadar mengqadak solat tanpa bertaubat atau hanya bertaubat tanpa mengqadakkannya.

Jika seorang suami atau bapa sendiri gagal menuanaikan solat fardhu, maka anak atau isteri wajib mengingatkan bapa atau suaminya dengan penuh hikmah. Kewajipan ini berdasarkan hadis,

“"Barangsiapa diantara kalian melihat sesuatu kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya, dan jika ia masih tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman." (HR Muslim)

Jika sudah diingatkan tetapi bapa atau suami masih enggan, maka terlepaslah sudah tanggungjawab anak dan juga isteri.

c. Mencari nafkah yang halal

Firman Allah SWT,

“ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, (Al-Baqarah 188)

Dalam ayat ini Allah SWT melarang mengambil harta dengan cara yang batil seperti khianat, pecah amanah, rasuah, penyalah gunaan kuasa, pilih kasih, mencuri atau merampas, membuat tuntutan palsu, curi tulang, ponteng kerja dengan menunjukkan mc palsu dan khianat.

Sabda Rasulullah saw,

“Dan setiap hamba yang dagingnya tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya” (Hadis riwayat at-Tabrani)

Seorang ketua keluarga jangan merungut dalam usaha mencari rezeki yang halal kerana kesusahan mencarii rezeki yang halal itu adalah kafarah daripada Allah SWT untuk mengahapuskan dosa-dosanya.

Dalilnya daripada Abi Salmah bin Abi Hurairah r.a,

“ Diantara begitu banyak dosa, ada sejenis dosa yang tidak dapat dikaffarah dengan solat, puasa, haji dan umrah. Seorang sahabat bertanya Rasulullah, apakah amalan yang dapat mengkifarahkannya ya Rasulullah ? Nabi bersabda : Dosa itu dapat dihapus oleh kesusahan dalam mencari nafkah hidup ”.

Hari ini ramai anak-anak yang menjadi nakal, derhaka kepada ibu bapa, melawan guru-guru di sekolah merosakkan harta awam, melakukan pecah rumah, mencuri dan sebagainya. Banyak faktor kenapa berlakunya hal demikian.

Salah satu faktornya ialah kemungkinan si bapa menyuapkan makanan yang haram ke mulut anak-anaknya.

Dalam Islam memberi makan kepada anak-anak hendaklah bermula sejak anak itu di dalam kandungan ibunya lagi. Jika ibu memakan makanan yang haram serta dari sumber yang tidak sah dan diragui maka susu ibu yang diberikan kepada anak-anak itu nanti akan mempengaruhi watak dan perangai anak-anak apabila mereka dewasa kelak.

d. Tidak boleh membiarkan ahli keluarganya melakukan maksiat dan kemungkaran

Sebagai ketua keluarga hendaklah bersifat tegas terhadap isteri dan anak-anaknya apabila mereka melakukan kemungkaran. Mana-mana suami yang tidak ada perasaan marah dan sakit hati apabila melihat kemungkaran yang berada di bawah tanggungannya, dia dikira sebagai suami yang dayus dan berdosa besar.

Rasulullah saw memberi amaran kepada mana-mana suami atau bapa yang dayus. Sabda baginda saw,

“ Tiga golongan yang Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( HR Ahmad )

Orang yang dayus bukan sahaja diharamkan syurga untuknya malah untuk cium bau syurga pun tidak boleh, sedangkan bau syurga itu boleh dihidu sejauh perjalanan 40 tahun.

Banyak sebab seseorang suami atau bapa itu boleh menjadi dayus. Antaranya membiarkan atau menggalakkan isteri dan anak-anak gadisnya keluar rumah tanpa menutup aurat. Firman Allah SWT,

“ Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka melabuhkan tudung-tudung mereka kedada-dada mereka…” (Surah An-Nur : 31)

Begitu juga adalah dayus mana-mana suami atau bapa yang memberi keizinan kepada isteri dan anak-anak gadisnya untuk menyertai pertandingan nyanyian, tarian, ratu cantik, ratu kebaya yang mana kesemua pertandingan ini mempamerkan aurat dan kecantikan isteri dan anak gadisnya kepada jutaan manusia yang bukan mahram.

Adalah dayus mana-mana bapa yang membiar atau membenarkan anak-anak gadisnya keluar rumah dengan mana-mana lelaki yang bukan mahram tanpa ditemani oleh mahram yang dipercayai. Walaupun mereka keluar dengan lelaki yang sudah menjadi tunangya.

Dalam Islam bertunaang bukanlah lessen untuk membnarkan anak-anak gadis keluar bebas dengan lelaki tuangannya. Banyak terjadi hari ini anak-anak gadis yang mengandung sebelum berkahwin akibat di rosakkan oleh lelaki yang menjadi tunangannya.

Pada ayat 6 Surah Tahrim Allah SWT menyatakan khazanah neraka itu terdiri daripada tubuh badan anak Adam yang kufur yang kufur dan batu berhala atau patung yang dijadikan bahan sembahan orang-orang kafir.

Dan api neraka itu di jaga, di kawal rapi oleh malaikat yang sama sekali tidak pernah mengingkari perintah Allah SWT. Mereka adalah malaikat yang bersifat kasar, bengis, dan garang serta tidak ada perasaan belas kasihan pada diri mereka.

Saturday 19 November 2011

Excerpts of Habib ‘Umar Bin Hafidz’s lectures 1

On the loftiness of Dzikir (Remembrance of Allah)

Bismillahir Rahmanir Raheem…

…Keep remembrance of Allah every moment. Recall what Allah mentioned in The Qur’an : “O ye who believe, keep remembrance of Allah, abundant remembrance”.

Some of the companions asked The Prophet s.a.w., ”Ya Rasulullah, among those who fight in the way of Allah who are the ones who obtained the greatest benefit?”

The Prophet s.a.w. replied, “They are those who keep remembrance of Allah the most among them.”

The companions asked again, ”Ya Rasulullah, among those who pray who are they who reap the greatest benefit?”

The Prophet s.a.w. replied, “They are those who keep remembrance of Allah the most among them.”

Some of the companions asked again, “Ya Rasulullah, among those who give alms to the needy, who will reap the greatest benefit?”

The Prophet s.a.w. replied to them, “The ones who keep remembrance of Allah the most among them.”

… upon hearing these, Saiydina Abu Bakar and Sayidina ‘Umar both said to The Prophet s.a.w., ” This means that those who remember Allah the most are the ones who obtain the best of this world and the hereafter!”

The Prophet s.a.w. then said, “Yes, the people who keep remembrance of Allah the most obtains the best of this world and the hereafter.”

Melayan suami merupakan persoalan penting kepada isteri selapas mentaati Allah dan Rasul. Ia adalah saluran menuju taqwa kerana disitulah peluang untuknya bermujahadah ; melawan segala perasaan letih, jemu, geram, marah, kecewa dan sedih ketika berlaku pertembungan di antara kehendak suami dan kehendak isteri.

Seorang isteri yang saleh akan merasa bahagia apabila dapat mentaati, melayan suami dan menimbulkan kegembirannya hingga suami terhibur. Kerana baginya menghiburkan hati suami bererti membangunkan syurga diakhirat. Oleh itu dia merasa amat beruntung kerana peluang itu Allah kurniakan buatnya. Lantas suami tidak hanya diberi layanan yang istimewa sewaktu baru melangkah ke gerbang perkahwinan atau disaat cinta masih segar dan hangat atau ketika suami masih berupaya dari segi rupa, harta, pengaruh atau tenaga sahaja.

Jangan sekali-kali memandang jijik hingga sanggup mengatakan wanita yang mentaati suami sebagai hamba suami dan tunggangan nafsu suami. Sebaliknya, tugas itu dianggap sebagai hadiah dari Allah untuk dirinya yang tidak kesemua wanita berpeluang mendapatnya.

Tugas melayan suami tidak mungkin dapat dilakukan dengan baik tanpa dorongan iman dan taqwa. Hanya wanita beriman saja yang dapat mencintai suaminya dengan cinta fitrah ( bukan cinta nafsu). Iaitu cinta fitrah yang tidak dikaitkan dengan apa-apa kepentingan yang membuatkan seseorang rela memberi kebahagian kepada orang yang dikasihi. Sekiranya isteri gagal untuk memberikan cinta fitrah kepada suaminya nescaya dia gagal untuk mentaati dan melayan suaminya seperti yang dituntut oleh agama.Terutama disaat-saat sedang keletihan atau sibuk dengan urusan-urusan didalam dan luar rumah, sewaktu sakit hati dengan suami, sewaktu tidak diperdulikan oleh suami dan seumpamanya.

Ada beberapa sebab mengapa seorang isteri itu perlu melayan suami. Di antaranya :

Pertama : Perintah Allah

Allah memerintahkan para isteri agar mentaati dan melayan suaminya dengan sebaik mungkin. Sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : " Kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain, nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat Tirmidzi )

Mentaati dan melayani suami merupakan salah satu ibadah yang mana para isteri mendapat ganjaran di dunia, sementara di akhirat pula mendapat pahala. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya: Jika seorang isteri menunaikan sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, menjaga kesucian dirinya, dan taat kepada suaminya, dia akan masuk syurga melalui mana-mana pintu yang dia kehendaki.

Kedua : Kedudukan (martabat) suami

Lelaki adalah pemimpin kepada wanita, khususnya suami terhadap isteri. Firman Allah didalam al-Qur`an yang bermaksud : Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita. Oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (Al-Nisa :34 )

Firman Allah lagi maksudnya : Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajiban mereka menurut cara yang baik akan tetapi para suami mempunyai satu tingkatan kelebihan atas isterinya. ( Al-Baqarah : 228)

Ketiga : Kewajiban isteri

Setiap wanita ingin dikasihi, mendapat pembelaan dan perlindungan daripaada seorang suami. Tapi bukan kesemuanya bernasib baik. Masih banyak lagi yang bergelar tidak berpeluang bersuami walaupun dikalangan mereka itu ada yang berjawatan tinggi, cantik dan berharta.

Maka bagi wanita yang bertuah dan bernasib baik kerana telah bersuami ini, apakah ada cara lain untuk melahirkan rasa syukur dan tanda terima kasih selain daripada mentaati dan melayani suami dengan sebaik-baiknya? Kenanglah jasa dan kebaikan suami, pasti akan lahir rasa tanggungjawab untuk mentaati dan melayaninya dengan sebaiknya.

Kewajiban isteri melayan dan memuliakan suaminya terlalu besar dan membawa erti yang besar kepada wanita. Sayidatina Aisyah Radhiallahu ‘anha berkata : " Wahai kaum wanita ! seandainya kamu mengerti kewajiban terhadap suamimu, tentu seorang isteri daripada kamu bertindak akan menyapu debu dari telapak kaki suaminya dengan sebahagian mukanya."

Keempat : Mendapat keredaan Allah.

Isteri yang mentaati suami dan melayani dengan baik akan mendapat rahmat dan redha Allah. Seluruh makhluk juga turut beristighfar dan dan mendoakannya. Sebaliknya, jika tidak dapat berbuat begitu Allah pula akan melaknatinya. Sabda Rasulullah Shallalllahu Alaihi Wasallam yamg bermaksud: " Wanita yang taat akan suaminya, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristighfar baginya selama mana dia masih taat kepada suaminya dan diredhainya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

Jelas dari hadis ini mentaati dan melayani suami menjadi faktor untuk seorang isteri itu mendapatkan keredhaan Allah. Sebab redha suami bererti mendapat keredhaan allah, kemarahan suami bererti kemurkaan Allah.

Kelima : Merebut ganjaran pahala.

Suami menjadi saluran bagi isteri untuk mengaut ganjaran pahala dan kebajikan dengan sebanyak-banyaknya hanya dengan mentaati dan melayaninya dengan sebaik mungkin. Setiap layanan dan kebaikan yang dibuat untuk suami, Allah telah janjikan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda dan nikmat syurga yang maha hebat.

Banyak hadis-hadis yang membawa perkhabaran tentang kelebihan dan keistemewaan yang boleh diperolehi oleh isteri yang berkhidmat kepada suaminya. Antaranya sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud: " Wahai Fatimah, mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, maka Allah akan memberinya air susu dari sungai-sungai syurga dan diringankan Allah baginya sakaratul-maut dan akan didapatinya kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah dia melintasi titian Sirat."

Begitu juga isteri boleh dapat pahala berjihad di jalan Allah hanya dengan melayan suaminya. Sabda Rasulullah Shallalllahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : " Mana-mana isteri yang merelakan dirinya dijimak oleh suaminya pada malam Jumaat, pahalanya sama seperti orang yang berjuang dimedan perang."

Demikianlah balasan dan ganjaran bagi para isteri yang mentaati dan melayani suami mereka dengan sebaik-baiknya. Sebenarnya bukanlah sukar sangat untuk mendapat dan merebut ganjaran tersebut, apa yang penting bagi kaum isteri tanamkanlah sifat menghormati suami dengan mentaati dan melayaninya dengan sebaik mungkin.


BismillahirRahmanirRaheem
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Disini ku mulakan penulisan ku.. semoga akan tercetus ilham dari Rahmat Ilahi, sedikit sumbanganku buat agama tercinta...